CARA MENYEMAK GANTIAN CUTI REHAT: LANGKAH SEMAK GCR DALAM HRMIS
Apa itu Gantian Cuti Rehat?
Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai diberikan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang untuk menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan Perkhidmatan.
Bila Berkuatkuasa Gantian Cuti Rehat?
Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
Siapa Yang Layak untuk Gantian Cuti Rehat?
Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
Siapa Yang Tidak Layak untuk Gantian Cuti Rehat?
Gantian Cuti Rehat tidak diberikan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
Baca juga disini: CARA MOHON KAD VETERAN ATM ONLINE: PANDUAN DAFTAR AHLI BEKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
CARA MENYEMAK GANTIAN CUTI REHAT: LANGKAH SEMAK GCR DALAM HRMIS
Berikut akan dikongsikan maklumat berkaitan dengan lebih lanjut, sila rujuk dibawah cara semak berikut:
Cara Semak Gantian Cuti Rehat
- Langkah pertama Download aplikasi Mudah Alih MyHRMIS di Playstore atau Apps Store
- Log in ke pada Laman Rasmi berikut HRMIS 2.0 dengan memasukkan No Kad Pengenalan pada bahagian ID Pengguna dan Kata Laluan
- Kemudian pada paparan seterusnya klik Pengurusan Cuti
- Tekan Gerak Cursor di Fungsi > Penyemakan Cuti > dan tekan Pemohon Cuti
- Seterusnya klik GCR
- Selanjutnya klik Previu Cetak
- Akan keluar laporan CRK Personel dan selesai.
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan dengan Gantian Cuti Rehat supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Butiran Lanjut
Sila hubungi khidmat bantuan HRMIS di talian 03-83211400 atau boleh salurkan soalan melalui https://spmb.jpa.gov.my sekiranya menghadapi sebarang masalah.
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia