in

CARA GUNA MEDICAL CARD INSURANS @ TAKAFUL(Bila Layak Masuk Hospital Swasta)

CARA GUNA MEDICAL CARD INSURANS @ TAKAFUL(Bila Layak Masuk Hospital Swasta)

CARA GUNA MEDICAL CARD INSURANS @ TAKAFUL(Bila Layak Masuk Hospital Swasta)

Medical kad peribadi tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kebanyyakan pengguna takaful pasti akan memiliki medical card atau kad perubatan. Tidak kiralah sama ada daripada majikan ataupun milik persendirian.

Namun tahukah anda cara guna medical card yang betul? Maklumlah, ramai yang bayar sahaja tapi tidak pernah guna atau buat claim. Disini kami kongsikan cara

Baca juga: ASB Loan: Untung ke buat pinjaman semasa pandemik COVID-19?

APA ITU MEDICAL CARD

Kad perubatan (medical card) adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda yang membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans anda. Jenis perkhidmatan perubatan yang diterima adalah tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih. Perkhidmatan juga didapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan.

Fungsi kad perubatan adalah sebagai perlindungan kepada Bil Hospital Swasta yang tinggi. Dengan medical card, anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat. Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun Bank, Akaun EPF @ KWSP, Akaun DERMA orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.

SENARAI SEMAK SEBELUM GUNA MEDICAL CARD

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui. Sila semak perkara dibawah sebelum menggunakan medical card anda:

Waiting Period
Status Polisi
Jenis Medical Card
Senarai Hospital Panel
Hubungi Ejen Takaful.

CARA GUNA MEDICAL CARD

Berikut adalah cara menggunakan medical card:

Dapatkan diagnos kesihatan anda di bahagian kecemasan hospital ataupun klinik.
Jika dinasihatkan oleh doctor untuk masuk ke hospital, anda perlu dapatkan surat rujukan kepada hospital swasta berdekatan.
Bawa surat rujukan (refer letter) tersebut ke hospital swasta dan pergi ke kaunter admission.
Tunjukkan medical card anda/kad pengenalan dan kenalkan syarikat Takaful anda.
Dapatkan pengesahan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syarikat Takaful anda.
Urusan ini akan diuruskan oleh pihak hospital dengan syarikat Takaful anda.
Sebelum admit, pastikan GL telah dikeluarkan.
Jika belum, sebaiknya elakkan dari terus admit melainkan kes kemalangan/kecemasan supaya tidak timbul kes yang tidak diingini seperti GL reject.
Hubungi ejen anda untuk memaklumkan.

SOALAN LAZIM

Apakah Hospital Panel sekiranya ingin menggunakan medical card?

Setiap kad perubatan mempunyai senarai hospital panel di mana pemegang kad perubatan tersebut layak mendapatkan rawatan. Jenis hospital adalah berlainan mengikut jenis kad perubatan. Pelan yang minima tidak mungkin dapat hospital swasta yang bertaraf lima bintang sebagai panel. Jadi perhatikan juga hospital panel ketika ingin membuat pilihan jenis kad perubatan untuk pastikan hospital-hospital yang tersenarai adalah yang bereputasi baik.

Apa yang saya dapat dari pelan medical card saya?

Memilih pelan kesihatan insurans boleh menjadi tugas yang membingungkan dengan pelbagai jenis rancangan perlindungan kesihatan di pasaran – belum lagi tambahan pilihan (juga dikenali sebagai rider). Semua rancangan perubatan mempunyai satu kesamaan, iaitu memberikan bantuan kewangan untuk kemasukan ke wad hospital, untuk pembedahan atau rawatan perubatan.

Apakah tempoh menunggu?

Tempoh menunggu adalah tempoh dari tarikh permohonan diluluskan oleh pihak takaful. Bagi sesetengah penyakit tertentu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ASB Loan: Untung ke buat pinjaman semasa pandemik COVID-19?

ASB Loan: Untung ke buat pinjaman semasa pandemik COVID-19?

HARGA IPHONE 13 MALAYSIA

HARGA IPHONE 13 MALAYSIA : SENARAI PRICE VERSI STANDARD, MINI, PRO DAN PRO MAX