in

BORANG PERMOHONAN BISTARI (BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH RM100)

BORANG PERMOHONAN BISTARI (BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH RM100)

Ibu-Bapa di negeri Sabah dipelawa untuk memohon bantuan ihsan tabungan pendidikan negeri Sabah (BISTARI). Bagi setiap kelahiran bayi pada tahun 2022, anda layak untuk membuat permohonan tersebut.

Baca Juga: BANTUAN BUDI MARA UNTUK PELAJAR MRSM B40

APA ITU TABUNGAN IHSAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH (BISTARI)

Kerajaan negeri telah memperkenalkan dan melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Melalui BISTARI, setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula 2022 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan sejumlah RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

TARIKH PERMOHONAN BISTARI

Ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

BORANG PERMOHONAN BISTARI

 

JUMLAH BANTUAN IHSAN TABUNGAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Jumlah tabungan yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi yang terlibat adalah sebanyak RM100.

SYARAT KELAYAKAN BISTARI

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang memohon bantuan ini adalah:

  1. Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
  2. Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  3. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

CARA PERMOHONAN BISTARI

Terdapat 2 cara permohonan ini boleh dibuat oleh ibu bapa yang ingin memohon iaitu:

i) Atas Talian

  1. Layari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI.
  2. Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

ii) Borang Permohonan Bistari

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
    Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
    Jalan UMS, Teluk Likas
    88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang perlu dimuat naik atau dihantar secara manual adalah seperti:

  1. Sijil lahir bayi
  2. Kad pengenalan ibu bapa

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai BISTARI, sila layari FB Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau menghubungi 088-369872/012-8662419 atau menghubungi Pegawai PTPTN.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KURSUS KAHWIN ONLINE

KURSUS KAHWIN ONLINE (CARA DAFTAR SETIAP NEGERI DI MALAYSIA)