in

FAQ BKP BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021

FAQ BKP BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021

Berikut adalah soalan lazim yang dikumpulkan daripada rakyat mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan

Boleh baca disini maklumat lanjut tentang permohonan BKP : CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

SOALAN LAZIM (FAQ)CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Soalan Berkaitan Maksud/Pengenalan mengenai BKP

  1. Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang
disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan
kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

2.Siapakah yang layak menerima BKP?

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO).

3. Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP?

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat
berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

4. Apakah kriteria kelayakan BKP?

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan
PERKESO seperti berikut:

  • Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6
    bulan pada tahun 2020; dan
  • Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut
    sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

5. Berapakah bayaran BKP yang akan diterima?

Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff

Soalan Mengenai Cara Pembayaran BKP

6. Bilakah tarikh pembayaran BKP akan dibuat?

Pembayaran BKP dibuat seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank – Mulai 26 Oktober 2021 secara
    berperingkat.
  • Penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Tarikh
    penunaian ditangguhkan sehingga tarikh yang akan
    dimaklumkan.
  • Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat
    pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah
    didaftarkan.

7. Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank
  • Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan
    pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan
    berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR /
    BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus
    aktif.

Maklumat Wakil

8. Siapakah wakil yang dibenarkan atau layak untuk membuat
        penunaian BKP?

Wakil yang layak adalah:

  • Wakil yang didaftarkan pada Permohonan BPR / BKC sekiranya
    penerima turut menerima bantuan berkenaan; atau
  • Sekiranya maklumat wakil belum didaftarkan, pendaftaran wakil
    boleh dibuat di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

.
9.Siapakah wakil yang layak didaftarkan bagi penunaian BKP?

Wakil yang layak didaftarkan bagi penunaian BKP adalah seperti berikut:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

10. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh wakil semasa penunaian
            BKP di BSN?

Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah:

  • Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) pemohon; dan
  • Kad Pengenalan / Pasport asal wakil; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal atau
    salinan);

FAQ BKP BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021
Dokumen tambahan mengikut situasi pemohon yang tidak hadir
untuk penunaian:

  • Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal)
    jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti
  • Surat Pengesahan Majikan yang mempunyai tarikh mula dan
    tamat bertugas sebagai yang menunjukkan bukti penerima
    berada diluar negara
  • Surat pengesahan hospital jika pemohon menerima rawatan di
    hospital
  • Surat pengesahan yang menunjukkan pemohon uzur atau tidak
    berdaya untuk bergerak
  • Kad OKU

Itu sahaja soalan yang dapat dikumpulkan untuk menjawab persoalan anda. Semoga menjawab persoalan berkaitan BKP.

Baca jiga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

 

3 Comments

Leave a Reply
  1. Bagaimana ya saya nii tidak layakkah dapat bantuan ka..saya nii dah lama kehilangan pendapatan.krluaefa yg tanggung saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN: Panduan Apply BKP Secara Online

CARA CEK BKP : BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN RM500

CARA CEK BKP : BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN RM500