SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM SECARA ONLINE: Panduan Check Keputusan Halal Jakim secara Atas Talian.
Maksud Halal Dalam Perundangan Halal Di Malaysia
Wujud dua perundangan khas berhubung aspek kehalalan produk iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Dengan wujudnya perundangan berikut ia akan memastikan produk benar-benar halal khusus dengan pematuhan Syariah. Perintah Takrif Halal mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2011
Logo Halal
Merujuk kepada logo yang dikeluarkan oleh JAKIM / JAIN / MAIN dan mengandungi :
- Mempunyai bintang lapan puncak di tengah-tengah bulatan.
- Perkataan Arab – “????” di tengah-tengah bintang.
- Perkataan “HALAL” dalam huruf Roman di bawahnya.
- Perkataan “Malaysia” yang ditulis dalam huruf Roman dan ??????? dalam bahasa Arab dalam bulatan logo.
- Dua kecil lima bintang puncak diletakkan untuk memisahkan huruf Roman daripada perkataan Arab disebut.
SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM SECARA ONLINE: Panduan Check Keputusan Halal Jakim secara Atas Talian.
Semakan boleh dibuat melalui Laman Portal Rasmi Halal Malaysia dengan melayari Direktori Halal Malaysia. Disana telah tersenarai produk yang mempunyai sijil halal JAKIM
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan status halal ke atas produk atau syarikat pembuatan produk
- Layari Direktori Halal Malaysia di laman web https://www.halal.gov.my/v4/index.php?h=&lang=bm
- Masukkan katakunci ke dalam kotak maklumat carian Semak Status Halal (dalam gambar kami menggunakan katakunci Fanta) dan klik Enter
- Hasil carian akan diasingkan mengikut Kategori/Skim. Dan jika ada bilangan hasil carian juga akan dipaparkan
- Anda boleh kecilkan skop carian kepada sesebuah negeri secara terperinci.Anda perlu klik pada menu dropdown Negeri dan Kategori
- Klik pada kategori yang memaparkan bilangan hasil carian untuk melihat senarai hasil carian.
- Hasil carian akan senaraikan Nma Produk, Jenama, Syarikat, Tarikh Luput Sijil Halal dan ke laman web maklumat lebih terperinci.
Notis: Untuk produk yang diimport dari luar negara tidak tersenarai, pastikan logo halal yang digunakan sah Logo Halal diiktiraf Jakim
Selamat Mrncuba!
Baca Juga Disini:CARA MENGGANTIKAN SIJIL KELAHIRAN YANG HILANG ONLINE: Panduan Buat Semula Surat Beranak Hilang Secara Atas Talian