in

DAFTAR VAKSIN : CARA DAFTAR VAKSIN COVID19 SELAIN MYSEJAHTERA

daftar vaksin

DAFTAR VAKSIN : CARA DAFTAR VAKSIN COVID19 SELAIN MYSEJAHTERA. Cara daftar Vaksin COVID 19 untuk pendaftaran & register online serta temujanji untuk rakyat Malaysia termasuk astrazeneca, pfizer, sinovac. Selepas setahun berlalu nampaknya kes covid 19 di Malaysia semakin belum nampak kesudahannya. Jumlah kes terus melonajk tinggi pada ketika ini sehingga rakyat terpaksa mengikut arahan perintah kawalan pergerakan pkp dan perintah kawalan pergerakan bersyarat pkpb supaya virus tidak terus menular. Akibatnya industri dan perniagaan yang lumpuh dek kerana musibah covid 19 ini di Malaysia. Rakyat Malaysia berharap sangat agar musibah ini kembali reda seperti sedia kala. Harapannya dengan ada bantuan covid 19 dapat mengekang virus ini daripada terus merebak dan rakyat Malaysia dapat berurusan seperti biasa selepas daripada ini.

Baca juga : CARA DAFTAR MBSB ONLINE

CARA DAFTAR VAKSIN GUNA MYSEJAHTERA

Terdapat 2 cara daftar vaksin melalui MySejahtera :

  1. Pendaftaran Baharu (Jika anda belum lagi download/muat turun apps MySejahtera)
  2. Daftar melalui website vaksin Malaysia ( Jika anda ingin mendaftar lagi melalui website

Untuk Pendaftaran Baharu 

  1. Pastikan anda sudah muat turun/download apps MySejahtera
  2. Masuk ke apps Klik Tutup untuk ke Menu Utama
  3. Klik ‘Vaksinasi COVID-19’ untuk pendaftaran baharu
  4. Klik pada maklumat anda ‘Vaksin Untuk Nama Anda’ untuk langkah seterusnya
  5. Pastikan butiran peribadi anda betul dan klik Sahkan
  6. Jika ada kesilapan klik Edit untuk kemaskini semula
  7. Klik OK untuk langkah berikutnya
  8. Klik Seterusnya
  9. Klik Di Sini untuk pertambahan maklumat bagi pendaftaran
  10. Jawab setiap soalan yang diberikan kemudian klik Hantar
  11. Klik OK pendaftaran anda telah dikemaskini
  12. Sila rujuk gambarajah di bawah untuk kepastian

daftar vaksin

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 MELALUI WEBSITE

  1. Masuk ke : https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
  2. Tulis Nama dan Umur anda
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Sahkan Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Sila masukkan Nombor Telefon dan sila Sahkan Nombor Telefon anda
  5. Sila masukkan Negeri yang anda berada dan untuk terima vaksin
  6. Masukkan Email anda (jika ada)
  7. Jawab soalan 1 hingga 3
  8. Masukkan Alamat Rumah, Daerah, Poskod, Negeri anda berada
  9. Tekan i’m not a robot dan pastikan tick
  10. Tekan Hantar jika anda sudah pastikan semua maklumat yang diisi adalah benar dan betul

SOALAN LAZIM

Saya telah mendaftar untuk vaksinasi. Berapa lama perlu saya menunggu untuk mendapatkan temu janji saya?

Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu. Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan.

Bilakah saya akan tahu butiran mengenai temu janji saya?

Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam tempoh dua minggu ini, penerima vaksin akan diberi peringatan sama ada melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.

Nombor Customer Service Daftar Vaksin

Anda boleh hubungi talian hotline 1800-888-828

 

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    cara daftar ssm online ezibiz

    CARA DAFTAR SSM ONLINE EZIBIZ SEPANJANG TEMPOH PKP 2021