in

CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE (i-Akaun)

CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE (i-Akaun)

CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE (i-Akaun)

Macam mana nak buat semakan penyata KWSP secara online?

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

i-Akaun membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Baca juga: Cara Buat Report Polis Secara Online

CARA SEMAK PENYATA KWSP

Terkini, pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dimohon bermula 1 April melalui i-Lestari KWSP.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

Pendaftaran i-Akaun

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Terlupa Kata Laluan

Untuk anda yang terlupa kata laluan, sila ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari portal rasmi kwsp.gov.my
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun
  3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan
  4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP
  5. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC
  6. Masukkan nombor TAC yang diterima tadi
  7. Cipta kata laluan baru contoh abcd1234
  8. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

Semakan Penyata KWSP Online

Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

Cara-caranya…

Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.

cara semak penyata kwsp

Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.

Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.

Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.

Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“

Penyata semasa KWSP anda akan dipaparkan seperti berikut:

cara semak penyata kwsp

Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan.

Semakan Dividen KWSP

Dividen KWSP telah pun diumumkan sebanyak 5.45% (konvensional) dan 5% (shariah).

Pengkreditan dividen KWSP bagi tahun 2019 telah pun selesai dilakukan.

Anda boleh melakukan semakan kadar dividen hanya dengan 3 langkah mudah melalui aplikasi i-AKaun. Tak perlu berbaris di kiosk atau di kaunter dah.

Memohon Pengeluaran KWSP

Seperti dimaklumkan, selain menyemak penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji.

Terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya:

Pengeluaran sebahagian:

  1. Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50
  2. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
  3. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
  4. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
  5. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  6. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
  7. Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
  8. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA
  9. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
  10. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan
  11. Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta

Pengeluaran penuh:

  1. Pengeluaran dari Akaun 1 & 2 ketika umur 55
  2. Pengeluaran dari Akaun 55 dan Akaun Emas
  3. Ahli yang berkhidmat di Sektor Awam berstatus pekerja berpencen
  4. Hilang upaya secara fizikal atau mental
  5. Warganegara/Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara
  6. Apabila ahli meninggal dunia

Untuk membuat pengeluaran KWSP pada tahun 2021, caranya mudah sahaja.

Klik pada button Pengeluaran dan isi segala maklumat yang diminta.

Anda akan dihubugi pegawai KWSP untuk pengesahan pengeluaran.

Sedikit tips bagaimana untuk elakkan sebarang kecurian maklumat login i-Akaun anda:

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *