KWSP SHARIAH 2022 : CARA TUKAR AKAUN SIMPANAN SHARIAH DARI KONVENSIONAL
Adakah anda pernah dengar mengenai Simpanan Shariah KWSP ini? Simpanan Shariah merupakan pilihan untuk ahli KWSP yang mahu menukar simpanan konvensional mereka kepada simpanan yang diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah. Selain itu Simpanan Shariah turut terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan
Baca Juga: PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 DAN 2 : SYARAT DAN JENIS PENGELUARAN
APA ITU AKAUN SIMPANAN SHARIAH KWSP?
Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.
Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.
KENAPA PERLU TUKAR KE AKAUN SHARIAH?
Bagi yang beragama Islam,
- Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
- Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
- Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
TANGGUNGJAWAB AHLI KWSP YANG BERAGAMA ISLAM
- Bertukar ke Simpanan Shariah agar simpanan diurus dan dilaburkan mengikut prinsip shariah.
- Melakukan penyucian dividen yang dikreditkan ke akaun sekiranya belum bertukar ke Simpanan Shariah.
- Bayar zakat ke atas simpanan KWSP yang telah diwajibkan zakat dengan merujuk kepada pihak berkuasa zakat negeri.
- Melakukan penamaan sebagai pentadbir bagi memudahkan simpana diuruskan mengikut undang-undang Islam setelah meninggal dunia.
Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.
Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:
- Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
- Alokasi aset strategik yang sama.
- Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
- Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.
CARA TUKAR AKAUN KONVERSIONAL KE AKAUN SHARIAH
Ahli perlu mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.
Berikut adalah langkah tukar akaun konvesional ke akaun shariah:
LANGKAH 1 – Log masuk ke i-Akaun KWSP
LANGKAH 2 – Pilih tab Simpanan Shariah
LANGKAH 3 – Ikut panduan dan rahan untuk pertukaran ke Sinpanan Shariah
LANGKAH 4 – Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.
[NOTA] :
- Anda tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvesional selepas tarikh kuat kuasa.
BEZA AKAUN KONVESIONAL VS AKAUN SHARIAH
SIMPANAN SHARIAH
1. Keahlian
- Semua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
2. Akad (Kontrak Shariah)
- Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakadah
3. Kadar Dividen
- Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah
4. Perakuan Jawatan Kuasa Penasihat Shariah (JKPS)
- Diperakui oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Keja Tadbir Urus Shariah
5. Pertukaran akaun
- Ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvesional selepas tarikh kuat kuasa
SIMPANAN KONVESIONAL
1. Keahlian
- Semua Ahli KWSP adalah Simpana Konvesional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
2. Akad (Kontrak Shariah)
- Tidak berkenaan
3. Kadar Dividen
- Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvesional(pelaburan tidak patuh Shariah dan patuh Shariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%
4. Perakuan Jawatan Kuasa Penasihat Shariah (JKPS)
- Tidak berkenaan
5. Pertukaran akaun
- Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah