BANTUAN SURI RUMAH : RM480 UNTUK B40 2022
Permohonan bantuan i-Suri KWSP merupakan bantuan yang diberikan kepada suri rumah, balu dan juga ibu tunggal yang mana akan menerima insentif RM480 setahun. Ia khusus untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Berikut adalah merupakan maklumat lanjut yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan bantuan i-Suri KWSP ini.
Baca Juga: BANTUAN KUARANTIN NADMA : PERMOHONAN RM100 SEHARI
BANTUAN I-SURI KWSP
Berikut dinyatakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
- Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
- Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
- Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
- Bantuan hilang upaya.
- Pengeluaran simpanan.
- Insentif kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN I-SURI
Berikut adalah merupakan beberapa syarat telah ditetapkan kepada yang berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri:
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).
Cara Membuat Permohonan I-SURI
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohon bantuan i-Suri:
- Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) – Untuk pendaftaran kali pertama.
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) – Untuk semasa pembayaran.
Pembayaran Caruman
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
- Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.
Maklumat Lanjut
- Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan i-Suri, boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000
- Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my/
Baca Juga: RAYUAN BKM : PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022