in

JAWATAN KOSONG PTPTN -GAJI RM1,600 SEBULAN

JAWATAN KOSONG PTPTN

JAWATAN KOSONG PTPTN -GAJI RM1,600 SEBULAN

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.

Baca juga: eWALLET RM150 : CARA TEBUS RM150

Pengenalan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai “Skim Simpanan Pendidikan Nasional” (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.

JAWATAN KOSONG PTPTN

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

EKSEKUTIF PEMASARAN

  • Taraf: Kontrak
  • Penempatan: Pejabat Cawangan Batu Pahat, Johor
  • Gaji: RM1,600/sebulan
  • Insentif: Komisen berdasarkan prestasi

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurangkurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM;
  • Keutamaan diberi kepada calon:
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  • Perwatakan menarik;
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik;
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
  • Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat;
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS).

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temuduga serta penyediaan dokumen sokongan.

Oleh itu, pemohon wajib memastikan alamat e-mel yang diberikan ketika memohon adalah masih aktif dan boleh digunakan.

Tarikh tutup permohonan pada 23 JANUARI 2022, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

Jawatan Lain

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eWALLET RM150

eWALLET RM150 : CARA TEBUS RM150

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)