JAWATAN KOSONG CIDB MALAYSIA
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: BANTUAN KUARANTIN NADMA : PERMOHONAN RM100 SEHARI
Pengenalan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi menjalankan fungsi-fungsi berkaitan dengan industri pembinaan seperti berikut:-
- Memaju dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri
- pembinaan
- Memberi khidmat nasihat dan syor kepada Kerajaan berkaitan dengan industri pembinaan
- Memaju, menggalak dan mengusahakan penyelidikan berkaitan dengan industri pembinaan
- Memaju, menggalak dan membantu eksport perkhidmatan berhubung dengan industri pembinaan
- Menyediakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan
- Memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan
JAWATAN KOSONG CIDB MALAYSIA
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
Jawatan
PEMBANTU TADBIR GRED N19
Maklumat Jawatan
- Status pelantikan : Kontrak
- Gaji : RM1,352.00-RM4003.00
Syarat Permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon.
- Mempunyai sekurang-sekurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
- Mempunyai kepujian sekurang-kurangnya gred c dalam subjek bahasa melayu pada peringkat sijil pelajaran malaysia/sijil vokasional malaysia.
Cara Memohon
- Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume) dan salinan sijil yang diakui sah ke alamat email [email protected]
- Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan dianggap tidak berjaya
Tarikh Tutup Permohonan: 24 Januari 2022
Hebahan rasmi permohonan dan syarat kelayakan boleh rujuk – DISINI