SEMAKAN DIVIDEN ASB ONLINE : CARA SEMAK DIVIDEN ASB SECARA ONLINE
Latar Belakang ASB
Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan
ASB ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.
Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.
Baca juga disini: CARA BUAT MAYBANK2U: SEMAK BAKI CHECK DIVIDEN ASB SECARA ONLINE
SEMAKAN DIVIDEN ASB ONLINE : CARA SEMAK DIVIDEN ASB SECARA ONLINE
Berikut dikongsikan lebih lanjut maklumat dan cara yang betul untuk semak , sila rujuk dibawah :
TERKINI: Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit
Dividen – 4.25%
Bonus – 0.75%
Kadar Agihan – 5.00%
Cara Semak Dividen ASB Secara Online
- Langkah pertama sila layari laman web rasmi MyASNB https://www.myasnb.com.my/.
- Pastikan sudah membuat pendaftaran terlebih dahulu. Jika sudah daftar, tekan Log Masuk.
- Kemudian masukkan ID Pengguna anda semasa pendaftaran.
- Tekan Teruskan
- Tekan Ya jika keselamatan anda adalah betul di bahagian (Adakah ini frasa keselamatan anda?)
- Sila masukkan Password anda.
- Seterusnya tekan Log Masuk
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama MYASNB iaitu Dana Saya. Jumlah pelaburan akan dipaparkan di Dana Saya.
- Untuk Semak Jumlah Dividen yang anda dapat, sila tekan di bawah Dana Saya iaitu Nama Dana jika ASB sila tekan Nama Dana Amanah Saham Berhad.
- Paparan Dana Amanah Saham Berhad anda dipaparkan di sini.
- Tekan Sejarah Transaksi untuk melihat jumlah dividen yang anda peroleh.
- Anda boleh lihat jumlah dividen ASB 2022 anda yang dimasukkan ke dalam akaun ASB anda disini.
Butiran Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2020, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]