CARA MOHON KAD VETERAN ATM ONLINE: PANDUAN DAFTAR AHLI BEKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Apa itu Kad Veteren ATM?
Mulai 1 April 2016 Kad Veteren ATM (KV) telah dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM
Kad Veteren ATM adalah kad pengesahan Veteren ATM. Kad tersebut sekaligus melayakkan Veteren ATM dan tanggungan yang layak menerima bantuan dan kemudahan yang disediakan.
Kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan.
Siapa Veteran ATM?
Semua Bekas Tentera yang dikategorikan sebagai Veteran ATM dikira secara auto sebagai ahli veteran. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda sebagai Veteran ATM.
Baca juga disini: CARA MOHON iSAYANG KWSP: SEMAKAN STATUS DAN JUMLAH ATAU TARIKH BAYARAN
CARA MOHON KAD VETERAN ATM ONLINE: PANDUAN DAFTAR AHLI BEKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut, sila rujuk dibawah:
Siapa yang Layak Mohon Kad Veteran ATM
Semua yang layak jika dia adalah Veteran ATM atau Orang Tanggungan kepada Veteran
Cara Mohon Kad Veteran ATM
- Langkah pertam buat permohonan KV di JHEV, Ia boleh dibuat di semua cawangan negeri
- Pergi ke JHEV dengan membawa Borang Pendaftaran
- Download Borang Pendaftaran Veteran ATM di https://www.jhev.gov.my/tentang-jabatan/info/muat-turun-borang/category/5-pencen?download=25:borang-pendaftaran-maklumat-veteran
- Bawa bersama ketika buat permohonan: Salinan Kad Pengenalan Veteran dan isteri
- Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau Salinan Sijil Berhenti
- 1 Keping gambar pesara & Salinan Sijil Nikah/ Sijil Kahwin
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan Kad Veteran ATM supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Butiran Lanjut
Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi terus di talian 03-2050 8000
Atau Layari laman rasmi https://www.jhev.gov.my/utama
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia