EKASIH ICU GOV MY DAFTAR : SEMAKAN DAN PERMOHONAN
Sistem ekasih adalah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang dicipta pada peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
eKasih diwujudkan berdasarkan keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.
Apa Itu eKasih
Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Baca juga disini: SKIM SARAAN BERCAGAR SSB : CARA MOHON SKIM CAGARAN RUMAH BAGI PENDAPATAN BULANAN
EKASIH ICU GOV MY DAFTAR : SEMAKAN DAN PERMOHONAN
Cara Permohonan eKasih
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu dan orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
- Telefon
- Surat
- E-mel rasmi
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk buat permohonan:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
Dokumen dan Maklumat yang diperlukan untuk Memohon
Pemohon perlu beri 9 komponen maklumat bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu :
- Butiran Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah
- Lokasi Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
Cara Semak Status eKasih 2021
- Semakan boleh dibuat secara online di https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
- Hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
Butiran Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2020, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.