CARA DAFTAR AMBANK ONLINE BANKING: Panduan Register & Log In Perbankan Internet
Apa itu AmOnline
Bagi kemudahan pengguna Ambank, pihak Ambank telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan internet Ambank Online untuk pelanggan mereka yang dikenali dengan nama AmOnline.
Melalui perkhidmatan AmOnline, pengguna dapat melakukan pelbagai urusan kewangan antaranya semakan akaun, pemindahan wang, bayaran bil, bayaran perbankan internet, urusan kad kredit dan banyak lagi.
Baca juga disini:CARA DAFTAR BSN ONLINE 2022 : INTERNET BANKING BANK SIMPANAN NASIONAL
CARA DAFTAR AMBANK ONLINE BANKING: Panduan Register & Log In Perbankan Internet.
Berikut akan dikongsikan dengan lebih berkaitan dengan AmOnline, sila rujuk dibawah:
Cara Daftar Ambank Online
Terdapat 2 cara mudah untuk mendaftarkan akaun anda iaitu:
Cara daftar AmOnline melalui aplikasi telefon
- Langkah pertama download aplikasi AmOnline ke telefon anda daripada di Play Store atau App Store
- Buka aplikasi tersebut di telefon anda
- Lihat pada bahagian carousel dan klik pada pada “Let’s Get Started”
- Kemudian klik pada “Register to AMOnline”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Masukkan no kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi
- Masukkan nombor kad ATM dan nombor PIN atau masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC
Cara daftar AmOnline melalui laman web
- Layari laman rasmi AmOnline di https://ambank.amonline.com.my/web/
- Klik pada Register
- Lengkapkan segala maklumat untuk log masuk akaun seperti Username, Password dan Confirm Password
- Pilih “Security Image”
- Klik pada butang Continue
- Masukkan Nombor Kad & PIN Kad anda ATAU Masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC
Cara Log In akaun Ambank Online
Setelah berjaya melakukan pendaftaran AmOnline, anda boleh log masuk ke akaun anda dengan cara-cara berikut:
- Layari laman web rasmi AmOnline
- Pada halaman depan website tersebut, terdapat satu borang log masuk
- Masukkan Username
- Klik pada butang Log In Now
- Sahkan Security Image. Jika benar klik pada butang Yes
- Masukkan password anda
- Klik butang Log In
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia