in

CARA DAFTAR SSM ONLINE EZIBIZ SEPANJANG TEMPOH PKP 2021

cara daftar ssm online ezibiz

CARA DAFTAR SSM ONLINE EZIBIZ SEPANJANG TEMPOH PKP 2021

Tahukah anda, sepanjang tempoh PKP ini, pemohon tidak perlu hadir ke kaunter SSM untuk pengaktifan ID. Pihak kami kongsikan cara daftar SSM semasa PKP secara online saja tanpa perlu ke kaunter. Pengaktifan ID hanya melalui email pihak anda tidak perlu Thumbprint di kaunter seperti sebelum ini.

Baca juga : CARA DAFTAR VAKSIN COVID19 SELAIN MYSEJAHTERA

Cara Daftar SSM Online EziBiz

Berikut merupakan cara pendaftaran jika anda sudah mendaftar sebagai pengguna Ezibiz. Jika anda belum lagi mendaftar sebagai pengguna EziBiz anda boleh ikuti langkah pendaftaran di bawah panduan ini.

  1. Sila masuk ke portal : https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Pilih menu MY BUSINESS SERVICE
  3. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION
  4. Isikan Maklumat Perniagaan Anda melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
    1.Nama perniagaan
    2.Tarikh permulaan perniagaan
    3.Alamat utama perniagaan
    4.Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    5.Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    6.Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    7.Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  5. Setelah Selesai, sila buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan
  6. Sekiranya Berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM
  7. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat

Daftar Pengguna Baru EziBiz

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna EziBiz sila ikuti langkah yang kami sediakan dibawah :

  1. Masuk ke portal : https://ezbiz.ssm.com.my/wicket/bookmarkable/com.ssm.llp.mod1.page.VerificationLlpUserProfilePage?2
  2. Masukkan ID Type iaitu NRIC (Nombor IC Anda)
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda
  4. Masukkan Nama Penuh Anda
  5. Selepas selesai, tekan “Register”
  6. Tick di bahagian “Declaration”
  7. Selepas selesai, tekan “Save”
  8. Notifikasi akan dihantar melalui emel dengan disertakan nombor rujukan (EZxxxxx)
  9. Pengguna hanya perlu membuat verifikasi ID melalui e-mel
  10. Log masuk ke laman EzBiz dan pergi ke menu “User Profile”
  11. Kemudian klik sub menu “User Verification Request”
  12. Klik “Add New”
  13. Sila lampirkan dokumen wajib seperti berikut:
    1.Salinan kad pengenalan depan dan belakang di ruangan “Upload MyKad”
    2.Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan “Upload Selfie”
    3.Salah satu dokumen rasmi seperti Lesen Memandu/Pasport/Sijil Lahir/Bil utiliti atas nama sendiri di ruangan “Supporting    Document”
  14. Jika anda sudah siap Upload Dokumen Wajib, klik Submit
  15. Permohonan anda akan diproses jika semua lengkap dan menepati syarat Verifikasi ID anda berjaya.

Perhatian : Permohonan yang diterima akan diproses. Pastikan semua dokumen yang dilampirkan lengkap dan jelas untuk disemak dan diluluskan. Pengguna akan menerima e-mel dari SSM bahawa pengaktifan Akaun Pengguna Ezibiz telah berjaya dan pengguna dapat terus menikmati perkhidmatan yang ditawarkan di EziBiz secara dalam talian. Sekiranya permohonan tidak lengkap, pengguna akan menerima e-mel dari SSM dan dia perlu menghantar semula dokumen yang disebutkan di atas.

Untuk mendapatkan info terkini sila ikuti media sosial rasmi SSM di bawah :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

daftar vaksin

DAFTAR VAKSIN : CARA DAFTAR VAKSIN COVID19 SELAIN MYSEJAHTERA

cara memohon psu 4.0

CARA MEMOHON PSU 4.0 SERTA SEMAKAN PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM SUBSIDI UPAH