RENEW LESEN PEJABAT POS 2021 : CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS
JPJ telah memaklumkan bahawa tempoh moratorium perlanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September 2021.Berikut adalah langkah untuk renew lesen pejabat pos 2021.
Kenapa perlu renew roadtax/lesen?
Ini kerana aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.
Tindakan yang harus pemilik kenderaan buat?
Anda perlu memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.
Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa.
Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan jika ingin renew roadtax/lesen di Pejabat Pos:
- Sila buat semakan tarikh tamat tempoh insurans dan roadtax anda.
- Anda perlu bawa dokumen geran kenderaan semasa proses renew roadtax
- Sila check juga saman pada kenderaan anda,jika ada anda perlu selsaikan saman dahulu
- Anda juga perlu semak harga pasaran kenderaan anda bagi tujuan insurans
SYARAT UNTUK RENEW ROADTAX/LESEN DI PEJABAT POS?
Berikut adalah syarat :
- Anda boleh pilih untuk renew selama 6 Bulan / 1 tahun
- Kenderaan anda perlu mempunyai tempoh perlidungan bagi tempoh 6 Bulan / 1 tahun
- Boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa 2 bulan
- Bagi kes pemilik telah meninggal dunia,anda hanya dibenarkan renew roadtax dalam tempoh 6 bulan sahaja dalam tempoh tidak lebih 5 tahun.Jika lebih 5 tahun,anda perlu dapatkan kelulusan.
- Bagi kes kenderaan yang telah luput roadtax lebih setahun, kenderaan perlu jalani dan lulus pemeriksaan Puspakom
CARA BUAT JANJI TEMU ONLINE CAWANGAN PEJABAT POS MALAYSIA
Berikut adalah Cara Menempah Slot JanjiTemu Online Di Cawangan Pejabat Pos Malaysia:
- Layari laman web Pos Malaysia atau aplikasi POS Malaysia
- Pilih menu Outlet Finder
- Pilih Negeri > Cawangan Pejabat Pos
- Klik link Temujanji Online
- Isikan butiran temujanji
- Simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos
*NOTA: Pelanggan hanya boleh mula membuat temujanji mulai 8 Ogos 2021
BAGAIMANAKAH CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS
Berikut adalah caranya:
- Sila pastikan anda memenuhi syarat renew roadtax
- Sila bawa dokumen diperlukan
- Sila ke Pejabat Pos
- Ambil no giliran
- Tungu giliran anda
- Sila selesaikan urusan dikaunter dan buat bayaran
- Anda selesai renew roadtax
SOALAN LAZIM
Bila boleh renew roadtax di Pejabat Pos?
Pejabat POS Malaysia dijangka akan memulakan urusniaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos 2021.
Boleh ke nak renew roadtax tanpa pemilik hadir ke pejabatpos?
Ya boleh
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila layari http://jpj.spab.gov.my atau hubungi talian hotline myGCC: 03-8000 8000
E-mel: aduantrafik@jpj.gov.my
Laman Facebook Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
LAIN-LAIN ARTICLE
PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN : CARA DAFTAR SECARA ONLINE
BUKA AKAUN BANK ISLAM ONLINE:CARA DAFTAR SECARA ONLINE
One Comment
Leave a Reply