Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Tarikh Pembayaran Bonus kakitangan Awam 2018

Tarikh pembayaran bonus kakitangan awam 2018. Semua kakitangan awam dan juga pesara kerajaan boleh rujuk dalam artikel ini untuk membuat semakan selanjutnya.

Menerusi pembentangan Bajet 2018 (Belanjawan Malaysia), semua Kakitangan Awam akan menerima bayaran khas iaitu sebanyak RM1,500. Manakalah pesara kerajaan juga turut menerima bayaran khas sebanyak RM750. Pemberian kerajaan kepada semua kakitangan awam dan juga pesara kerajaan adalah untuk meringankan bebanan kos sara hidup.

 

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Pemberian Bonus kepada kakitangan awam dan juga pesara kerajaan adalah untuk menghilangkan lagi stress dan juga bebanan yang ditanggung disebabkan peningkatan sara hidup diawal tahun.

 

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan Bajet 2018

 

Kakitangan Awam

  1. Bayaran Bonus ini akan diberikan dua kali dalam setahun iaitu:
  • RM1,000 pada awal Januari 2018
  • Tarikh yang tepat akan dikemaskini
  • RM500 sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018
  • Tarikh tepat akan dikemaskini

 

Pesara Kerajaan

  1. Bayaran Bonus untuk Pesara Kerajaan juga turut diberikan dua kali dalam setahun iaitu:
  • RM500 pada awal Januari 2018
  • Tarikh yang tepat akan dikemaskini
  • RM250 Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018
  • Tarikh tepat akan dikemaskini

 

Tarikh yang tepat berkaitan dengan pembayaran Khas Bajet 2018 kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan akan dikemaskini selepas surat pekeliling Jabatan Akauntan Nagara Malaysia dikeluarkan.

 

Untuk makluman, sementara dalam pembentangan Bajet 2018, kerajaan turut mengumumkan beberapa faedah kepada pegawai Perkidmatan Awam Persekutuan, seperti berikut.

Faedah lain untuk Kakitangan Awam Pada Bajet 2018

Selain daripada bayaran khas, terdapat bebarapa khabar gembira untuk kakitangan awam mulai 1 Januari 2018 iaitu :

 

  1. Pejawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.
  2. Kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah
  3. Kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama
  4. Dibenarkan cuti rehat melebihi 150 hari sebagai ganti cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar cuti rehat khas bagi pegawai perkhidmatan pendidikan dinaikan daripada tujuh kesepuluh hari.
  5. Menambah satu lagi waktu kerja berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
  6. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam akan dilakukan dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PHD secara dalaman.
  7. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu bapa kepada pesara kerajaan.
  8. Kenaikan kadar pencen terendah kepada RM1000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

Be the first to comment on "Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


4 × 5 =