Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

syarat kelayakan permohonan br1m 2018

Menerusi bajet 2018 yang telah diumumkan sebelum ini, nampaknya sekali lagi rakyat Malaysia khususnya buat  penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia mendapat berita gembira iaitu BR1M masih dikekalkan untuk tahun 2018. Pemberian BR1M untuk tahun 2018 akan diteruskan dengan jumlah bantuan yang sama seperti tahun yang lepas ( tahun 2017 ). Kepada Warganegara Malaysia yang layak dan ingin memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M, anda boleh rujuk perkongsian dibawah iaitu syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 .

Makluman kepada pemohon baru Br1M 2018, pendaftaran bagi permohonan baru dan kemaskini BR1M akan dibuka bermula 27 November hingga 31 Disember 2017. Tarikh pembayaran BR1M untuk tahun 2018 akan dikekalkan seperti tahun lepas dengan cara bayaran yang sama. Penerimaan bayaran bergantung kepada kategori penerima iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

 

Syarat Kelayakan Permohonan Br1m 2018

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi kepada pemohon yang ingin membuat permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2018. Sebelum membuat sebarang permohonan, pemohon seharusnya memastikan atau perlu tahu syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 , supaya permohonan tidak gagal ataupun tidak ditolak. Tidak mengikut srayat kelayakan permohonan BR1M Ini adalah punca utama permohonan BR1M ditolak dan ramai yang masih tidak tahu.

 

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah atau ahli yang tinggal serumah dengan pendapatan gaji kasar bulanan isi rumah RM4000 dan kebawah.
  • Warga emas yang sebatang kara (berumur 60 tahun keatas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4000 dan kebawah.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan keatas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2000 dan kebawah.

 

Kemukan Salinan

pemohon yang ingin membuat permohonan haruslah mengemukakan senarai dokumen semasa membuat permohonan :

 

  • Mykad / Mypr / Mykas /  Mykid / Sijil Lahir / Pasport dan visa bagi suami atau isteri / tanggungan (jika berkenaan).
  • Sijil Penceraian / Sijil Kematian pasangan ( jika ada ) sekiranya pemohon berstatus ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

 

Syarat Mohon BR1M

Untuk panduan semua pemohon, Syarat Kelayakan Permohonan BR1m 2018 yang telah dikongsikan adalah  bersumberkan Potral Rasmi e-BR1M .

 

Semakan Permohonan BR1M

Kepada mereka yang telah membuat permohonan BR1M 2018 boleh terus membuat semakan status permohonan dan juga rayuan dengan merujuk terus kepada panduan semakan BR1M dengan tarikh yang telah ditetapkan oleh Potral Rasmi e-BR1M. Kepada mereka yang tidak diluluskan ataupun gagal dalam permohonan boleh juga membuat rayuan.

 

Cara Hubungi BR1M

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M boleh terus hubungi :

 

      1. Hotline BR1M LHDNM 

  • 1-800-88-2716
  • waktu beroperasi : 9.00 Am hingga 5.00 Pm

 

      2. eMel

  • br1m@treasury.gov.my

 

      3. Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

 

      4. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia

(Mof), presint 2, 62592 putrajaya

 

      5. Faksimili BR1M MOF

  • 03-8882 3933

 

Makluman mengenai BR1M

Aplikasi mobile semakan BR1M kini telah tersedia dan boleh didapati di Google Play Store.

 

Semoga perkongsian mengenai syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 ini menjadi panduan anda sebelum membuat permohonan BR1M 2018. Semoga berjalan lancar dalam permohonan BR1M 2018 kepada semua pemohon dan tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M.

Be the first to comment on "Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


twelve − 10 =