Semakan Keputusan UPSR Tahun 2017 Online dan SMS

Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR  bagi tahun 2017 seperti yang kita tahu telah bermula pada 11 September hingga 19 september. Keputusan UPSR 2017 pula akan diumukan pada 23 November 2017 pada hari khamis. Kepada calon yang menduduki UPSR 2017 boleh semak keputusan  dengan cara yang mudah dan cepat iaitu dengan cara membuat semakan keputusan UPSR 2017 melalui online dan juga sms.

 

Selain daripada semakan online dan sms, cara semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat melalui berhubung terus  ke Pejabat Pendidikan Daerah tempat mengambil peperiksaaan dan juga boleh datang ke sekolah tempat mengambil peperiksaan bagi mendapatkan slip keputusan.

 

Sekarang, kebanyakkan calon akan membuat semakan keputusan melalui Online dan Sms. Kerana semakan keputusan melalui Online dan Sms adalah cara yang mudah dan cepat, tidak perlu lagi berbaris di sekolah dan juga tidak perlu lagi ke sekolah. Masalah utama juga disebabkan jarak dari kediaman ke sekolah adalah jauh.

 

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online dan SMS

 

Dibawah adalah ringkasan cara membuat semakan melalui online dan SMS.

 

1. Semakan Melalui SMS – [ Taip UPSR <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888 ]

  • Perkhidmatan semakan melalui SMS akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, hari khamis iaitu pada 23 November sehingga jam 6 petang pada 29 November 2017. “Jangan terlepas tarikh untuk membuat semakan melalui SMS”.
  • Caj yang akan dikenakan- 15 sen untuk penghantaran semakan dan manakala caj penerimaan pula 20 sen tidak termasuk GST.

 

2. Semakan melalui online akan disediakan oleh lembaga peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan online ini akan disediakan jika ianya telah tersedia.

  • Klik SPPAT ( jika ianya telah disediakan bagi semakan keputusan UPSR tahun 2017 )
  • Cara mudah, hanya masukkan No kad pengenalan dan Angka giliran pada ruangan yang tersedia

 

kepada mereka yang tidak dapat membuat semakan melalui online dan sms atau pun bagi calon yang bersendirian, seperti yang dimaklumkan, anda boleh datang terus ke Pejabat Pendidikan Daerah tempat anda mengambil peperiksaan.

 

Selamat membuat semakan keputusan UPSR 2017 secara Online dan SMS. Semoga semua calon yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini akan lulus dengan cemerlang seperti mana yang diharapkan setiap orang dan juga setiap keluarga. Kepada mereka yang mendapat keputusan kurang baik, jangan berputus asa kerana ini adalah permulaan anda jatuh, dan cubalah bangkit selepas ini. InsyaAllah dengan doa dan usaha anda akan memperolehi keputusan yang baik…

Be the first to comment on "Semakan Keputusan UPSR Tahun 2017 Online dan SMS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


18 − 9 =