Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Kepada mereka lepasan darjah 6 yang ingin melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh SBP tingkatan 1 2018, boleh membuat semakan keputusan tawaran SBP tingkatan 1 bagi tahun 2018 melalui online. Semakan keputusan tawaran SBP tingkatan 1 2018 akan dirujuk dan dinilai melalui pencapaian yang dicapai daripada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR bagi tahun 2017.

 

Memandangkan keputusan UPSR bagi tahun 2017 ini akan keluar pada 23 November hari khamis, pasti ramai murid yang ingin mengetahui kemana arah tuju bagi melanjutkan pelajaran ke alam tingkatan. Sebenarnya, permohonan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018 telah lama dibuka pada bulan October kepada pelajar lepasan UPSR iaitu lepasan darjah 6 yang ingin melajutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama penuh dengan cara melalui online. Tarikh permohonan tersebut  bagi Tawaran kemasukan SBP 2018 telah pun berakhir yang mana bermula pada 16 October hingga 19 November 2017.

 

Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018

Untuk pengetahuan umum bagi semua pemohon, sebarang pengumuman bagi keputusan tawaran SBP 2018 akan diumukan secara rasmi melalui potral Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di laman     https://www.moe.gov.my/index.php/my/ .

 

Semakan Layak UKSBP

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP adalah satu ujian saringan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP yang perlu dilaksanakan oleh setiap murid yang ingin masuk ke Sekolah Berasrama Penuh SBP. Ujian tersebut akan menentukan sama ada murid tersebut layak untuk memasuki SBP ataupun sebaliknya.

Tarikh semakan UKSBP dibuka pada 30 November 2017.  “Tarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada perubahan dan sebarang perubahan tarikh akan dikemasikini” . Untuk keterangan lanjut terus klik disini >Sistem Aplikasi Semakan  Kelayakan UKSBP Tingkatan 1 bagi tahun 2018.

 

Semakan Tawaran dan Permohonan E-Rayuan

Semakan untuk tawaran dan Permohonan E-Rayuan dibuka 29 Disember 2017. ” Tarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan tarikh juga akan dikemaskinikan. Untuk keterangan lanjut boleh terus ke laman Sistem Aplikasi Semakan Tawaran dan e-Rayuan.

 

Calon yang berjaya ke SBP ( cetakan tawaran )

  1. kepada calon yang telah berjaya atau dipilih perlu mencetak surat tawaran dan lampiran juga perlu disertakan.
  2. kesemua lampiran hendaklah  diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran sekolah mengikut ketetapan tarikh didalam surat tersebut.
  3. Sekiranya surat diisi dengan tidak lengkap atau juga tidak benar, sekolah berhak untuk tidak mendaptarkan murid tersebut ke SBP atau menolak pendaftaran murid tersebut.
  4. Tawaran kemasukan murid ke SBP yang berjaya adalah muktamad. Sebarang pertukaran ke sekolah SBP yang lain tidak akan dipertimbangkan.

 

Calon yang tidak berjaya (permohonan E-Rayuan )

kepada calon yang tidak bernasib baik, jangan berputus asa. Anda boleh cuba melalui permohonan e-Rayuan yang akan disediakan.

  1. Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka pada tarikh pengumuman keputusan SBP ambilan pertama dan permohonan e-Rayuan boleh dibuat secara atas talian online iaitu melalui sistem aplikasi semakan yang sama.
  2. Bagi calon yang tidak membuat permohonan kemasukan SBP tingkatan 1 2018 sebelum ini, boleh membuat permohonan melalui sistem aplikasi e-Rayuan.

 

Semakan Tawaran Kemasukan SBP ambilan yang kedua

Bagi semakan tawaran kemasukan SBP tingkatan 1 2018 ambilan kedua akan dibuka pada minggu ke-4 januari 2018. Tarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan tarikh juga akan dikemaskini. Untuk keterangan lanjut boleh terus ke laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Calon e-Rayuan SBP 2018 Tingkatan Satu.

 

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018 ini bermanfaat kepada anda.

Be the first to comment on "Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


2 × 2 =