Semakan Keputusan PT3 2017 Online dan SMS

Semakan Keputusan PT3 2017

Bermula pada tahun 2014, Peperiksaan Menengah Rendah telah digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2012 merupakan ‘batch’ pertama yang melalui pentaksiran ini. Tahun ini merupakan tahun ke empat ianya dijalankan. Pelbagai komen negatif dan positif yang boleh dilihat daripada penilaian terbaru ini. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus komited untuk memberikan struktur pendidikan yang baik untuk semua rakyat.  Semakan Keputusan PT3 2017 boleh dibuat pada satu tarikh yang bakal diumumkan pada bulan Disember.  Calon boleh mendapatkan pelaporan di sekolah masing-masing apabila telah diumumkan oleh pentadbir sekolah.

Semakan Keputusan PT3 2017 Online dan SMS

Semakan keputusan PT3 boleh dibuat secara online dan sms. Berlainan pada tahun 2014, calon cuma boleh mendapatkan keputusan PT3 secara manual, iaitu dengan mengambil slip daripada guru masing-masing. sehingga kini, belum ada tarikh rasmi keputusan PT3 2017 diumumkan. Namun berikut merupakan tarikh keputusan peperiksaan PT3 pada tahun sebelumnya:

Tahun Tarikh Keputusan PT3
2014 22 Disember 2014
2015 14 Disember 2015
2016 19 Disember 2016
2017 ?

 

Daripada tarikh yang terdahulu, keputusan PT3 akan keluar pada minggu ketiga pada bulan Disember. Pastikan calon sentiasa peka dengan tarikh yang akan dikeluarkan oleh pentadbir sekolah. Keputusan boleh didapati :

1.Bagi Calon Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing pada jam 10 pagi pada hari yang diumumkan.

2.Bagi Calon Persendirian

Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat berdaftar.

Semakan secara online :

Semakan secara online boleh dibuat menerusi laman web http://www.moe.gov.my/  pada hari keputusan diumumkan.

Semakan menerusi SMS:

Semakan menerusi SMS akan dikemaskini kemudian

Rayuan Semakan Semula Keputusan PT3

Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan PT3, anda boleh membuat rayuan untuk semakan semula. Berikut merupakan  panduan untuk membuat rayuan semakan semula :

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh masa 30 hari selepas keputusan diumumkan.
  2. Rayuan semula hendaklah menggunakan Borang Penyemakan Semula Keputusan PT3. seperti yang kita sedia maklum, borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan. pastikan anda mengisi borang tersebit selengkapnya. anda boleh mendapatkan borang tersebut daripada sekolah atau sektor /unit penilaian peperiksaan , JPN.
  3. Sila sediakan salinan keputusan peperiksaan PT3 yang telah disahkan benar oleh guru besar anda.
  4. Sila sediakan sampul surat bersaiz 32cmx23cm
  5. Tulis di sampul surat tersebut “Penyemakan semula keputusan PT3” di sebelah kiri atas.
  6. Sila sediakan wang pos / bank draf  diatas nama Pengarah Peperiksaan
  7. Sediakan dua sampul surat beralamat sendiri. Pastikan sedia bersetem. (Keputusan dihantar menggunakan sampul surat ini)

Keputusan akan diumumkan selepas 60 hari ( 2 bulan) selepas tarikh tutup permohonan. Rayuan keputusan semula yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. pastikan anda menghantar permohonan anda pada tarikh yang ditetapkan.

Diharapkan para calon PT3 akan mendapat keputusan yang cemerlang. Jangan lupa untuk membuat Semakan Keputusan PT3 2017 pada tarikh yang diumumkan kelak.

Be the first to comment on "Semakan Keputusan PT3 2017 Online dan SMS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


11 + twenty =