Semakan Keputusan PSPM 2017 / 2018

Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Semakan Keputusan PSPM 2017 / 2018 boleh disemak melalui online dengan butiran tarikh/masa yang telah ditetapkan seperti diruangan bawah.

Calon-calon yang terlibat dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) adalah Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) semester 1 dan juga Program Semester Dua Tahun (PDT) semester 1 dan 3 bagi sesi tahun 2017/2018.

Semakan Keputusan PSPM 2017 / 2018

 

Bagi mendapatkan keputusan haruslah mengikut kaedah yang disediakan untuk membuat sebarang semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi( PSPM) dengan masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

 

Keputusan PSPM 2017/2018

Untuk makluman semua calon yang terlibat, tarikh bagi pengumuman keputusan adalah pada 27 Disember 2017 (Hari Rabu) bermula jam 4.00 petang.

 

Kaedah Semakan Keputusan PSPM

 

Keputusan peperiksaan bagi calon PST ( Semester 1 ) dan PDT ( Semester 1 dan 3 ) boleh disemak melalui kaedah dibawah :

 

Kaedah Online :

Layari disini=> Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Online

 

Kaedah SMS :

kaedah sistem pesanan ringkas juga boleh menyemak keputusan PSPM dengan mudah dengan cara :

  • Taipkan MOE MAK < No Kad Pengenalan > dan hantar ke 15888
  • Contoh : MOE MAK 930218025769 hantar ke 15888

 

Panggilan Telefon :

  • Kolej masing-masing
  • Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844020

 

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM

 

Kepada calon-calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh mendapatkan maklumat berkaitan seperti dibawah :

Syarat dan peraturan serta borang permohonan semak semula Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh didapati melalui mana-mana saluran seperti berikut atau terus menerusi pautan maklumat yang disertakan.

  • Borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan PST Semester I dan PDT Semester II & IV, Sesi 2017/2018 perlu diisi dalam dua (2) salinan dan hendaklah dihantar secara terus ke alamat seperti berikut:

1. Di kaunter Aras 6, Bahagian Matrikulasi KPM,

Blok E15, Kompleks E,

Putrajaya.

 

2. Melayari Potral Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

Disini => Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapati maklumat berkaitan.

 

3. Terus ke kolej-kolej yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dan selanjutnya.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua calon PSPM dan semoga semuanya mendapat keputusan yang cemerlang. Untuk dapatkan maklumat selanjutnya boleh terus melalui pengurusan atau melalui laman web rasmi kolej masing-masing.

Be the first to comment on "Semakan Keputusan PSPM 2017 / 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


ten − 4 =