Semakan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2018

Semakan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2018

Permohonan untuk pertukaran Guru bagi sesi Januari 2018, seperti mana yang telah dimaklumkan permohonan pertukaran guru sebelum ini telah dilaksanakan dan keputusan untuk pertukaran bulan Jun dan October sudah dikeluarkan. Terkini untuk Semakan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2018 telah dibuka dengan tarikh yang telah ditetapkan. Calon guru yang ingin membuat semakan Egtukar pertukaran guru bagi bulan januari 2018 juga boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi yang tertera dibawah.

Guru-guru yang mengemukakan permohonan Egtukar juga melibatkan Pegawai Pendidikan Gred seperti : DG29, DG32, DG34, DG38, DG41, DG42, DG44, DG48, DG52 dan DG54. Permohonan perpindahan adalah melibatkan kawasan antara dalam daerah, daerah, bahagian dan negeri.

 

Semakan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2018

 

Semakan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2018, seperti yang telah dimaklumkan tarikh bagi semakan Egtukar pertukaran Guru Januari 2018 boleh disemak :

Tarikh semakan keputusan Guru antar Negeri dibuka : 23 November 2017 – Jam 6.00 Petang

Tarikh semakan penempatan bagi Guru yang lulus pertukaran antara Negeri / Daerah dan Dalam Daerah akan dibuka : 30 November 2017

 

untuk keterangan lanjut bagi semakan penempatan guru yang diluluskan boleh klik dipautan semakan : Semakan Online Penempatan

 

Pertukaran guru Sesi Januari 2018

Keputusan Egtukar bagi sesi januari tahun 2018 ini adalah yang terakhir untuk tahun 2017 ini. Kemungkinan besar bagi sesi kali ini adalah  lebih ramai berbanding bulan Jun dan October.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan.

Prinsip yang digunakan oleh KPM dalam melaksanakan proses penempatan dan pertukaran adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sebuah negeri.

 

Lebihan Guru : Bermaksud terdapat lebihan guru pengisian di sebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.

Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru : Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.

Keperluan Opsyen : bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang perkhususan mereka.

 

 

Semoga perkongsian Semakan Egtukar PertukaranGuru Januari 2018 ini bermanfaat…

Be the first to comment on "Semakan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


seven + 5 =