Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online. Menerusi pembentangan Bajet 2018, seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kini dilancarkan dan mula dilaksanakan pada tahun hadapan iaitu tahun 2018. Kepada golongan yang berpendapatan rendah dan serta berkelayakan dan ingin memiliki rumah pertama, pemohon boleh memohon Rumah Skim MyDeposit 2018. Berita baik juga, dalam pembentangan Bajet 2018, kerajaan akan meneruskan program MyDeposit dalam membantu pembayaran bantuan deposit pembelian rumah pertama.

 

Program Rumah Skim MyDeposit 2018 Online

 

Untuk makluman semua, Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online Rumah pertama masih belum dibuka lagi dan dijangka akan dibuka pada awal tahun 2018. Sebanyak 2,000 slot yang ada, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya dengan segera. Untuk pengetahuan semua juga, Skim MyDeposit telah diumumkan pertama kali ketika pembentangan Bajet 2016 dan diteruskan pada Bajet 2018 dimana kerajaan akan membayar 10%  deposit untuk rumah pertama mereka. Program ini adalah untuk membantu kepada mereka yang berpendapatan rendah iaitu golongan M40 dimana golongan isi rumah ini mempunyai pendapatan kasar dari RM3,000 hingga RM10,000 dengan membiayai rumah pertama mereka.

 

Bantuan Skim MyDeposit adalah satu bantuan yang sangat bermakna kepada semua golongan berpendapatan rendah yang mana ingin memiliki rumah pertama mereka. Cara untuk membuat permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 adalah memerlukan tarikh, syarat kelayakan memohon dan dokumen sokongan yang diperlukan.

 

Syarat Permohonan MyDeposit 2018 Online

 

Menurut Potral Rasmi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN), Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat tapisan permohonan. Kepada semua pemohon akan ditentukan sama ada mereka layak atau sebaliknya untuk mendapatkan bantuan Skim MyDeposit. Dibawah adalah syarat-syarat mereka yang layak untuk membuat permohonan :

 

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan mestilah berumur 21 tahun keatas.
  2. Pemohon bertujuan untuk pembelihan rumah pertama bagi satu isi rumah.
  3. Pendapatan kasar isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 kebawah sebulan.
  4. Hartanah dibawah RM500,000.
  5. Kepada pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani perjanjian jual beli rumah yang hendak dibeli.

 

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi pihak yang berkenaan.

 

Cara Hubungi

Cawangan Pengurusan Perumahan

==>  03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460

Bahagian Teknologi Maklumat

==> 03-88914478

melalui emel: Pertanyaan Skim MyDeposit: mydeposit@kpkt.gov.my

Be the first to comment on "Permohonan Rumah Skim MyDeposit 2018 Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


fifteen + 11 =