FAQ BKP BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021
Berikut adalah soalan lazim yang dikumpulkan daripada rakyat mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan
Boleh baca disini maklumat lanjut tentang permohonan BKP : CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN
SOALAN LAZIM (FAQ)CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN
Soalan Berkaitan Maksud/Pengenalan mengenai BKP
- Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang
disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan
kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.
2.Siapakah yang layak menerima BKP?
Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO).
3. Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP?
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat
berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
4. Apakah kriteria kelayakan BKP?
Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan
PERKESO seperti berikut:
- Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6
bulan pada tahun 2020; dan - Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut
sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).
5. Berapakah bayaran BKP yang akan diterima?
Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff
Soalan Mengenai Cara Pembayaran BKP
6. Bilakah tarikh pembayaran BKP akan dibuat?
Pembayaran BKP dibuat seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank – Mulai 26 Oktober 2021 secara
berperingkat. - Penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Tarikh
penunaian ditangguhkan sehingga tarikh yang akan
dimaklumkan. - Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat
pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah
didaftarkan.
7. Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank
- Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan
pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan
berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif. - Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR /
BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus
aktif.
Maklumat Wakil
8. Siapakah wakil yang dibenarkan atau layak untuk membuat
penunaian BKP?
Wakil yang layak adalah:
- Wakil yang didaftarkan pada Permohonan BPR / BKC sekiranya
penerima turut menerima bantuan berkenaan; atau - Sekiranya maklumat wakil belum didaftarkan, pendaftaran wakil
boleh dibuat di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
.
9.Siapakah wakil yang layak didaftarkan bagi penunaian BKP?
Wakil yang layak didaftarkan bagi penunaian BKP adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
10. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh wakil semasa penunaian
BKP di BSN?
Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah:
- Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) pemohon; dan
- Kad Pengenalan / Pasport asal wakil; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal atau
salinan);
Dokumen tambahan mengikut situasi pemohon yang tidak hadir
untuk penunaian:
- Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal)
jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti - Surat Pengesahan Majikan yang mempunyai tarikh mula dan
tamat bertugas sebagai yang menunjukkan bukti penerima
berada diluar negara - Surat pengesahan hospital jika pemohon menerima rawatan di
hospital - Surat pengesahan yang menunjukkan pemohon uzur atau tidak
berdaya untuk bergerak - Kad OKU
Itu sahaja soalan yang dapat dikumpulkan untuk menjawab persoalan anda. Semoga menjawab persoalan berkaitan BKP.
Baca jiga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA
Bagaimana ya saya nii tidak layakkah dapat bantuan ka..saya nii dah lama kehilangan pendapatan.krluaefa yg tanggung saya.
Seblom NIE Sy x menerima gaji penuh .. dari pihak majikan
Kehilangan pendapatan penuh