in

CARA RENEW PASSPORT ONLINE

CARA RENEW PASSPORT ONLINE

CARA RENEW PASSPORT ONLINE MALAYSIA

MyONLINE*PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX). Cara renew passport online.

Baca juga: Cara membuat akaun youtube

TEMPOH PENGELUARAN PASSPORT

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

WAKTU SERAHAN

Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

SPESIFIKASI FOTO PASSPORT

Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.

CARA RENEW PASSPORT ONLINE

TERMA & SYARAT

  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
  6. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
  7. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
  8. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  9. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  10. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  11. Buku Pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  12. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport atas talian (MyOnline).

KEPERLUAN TAMBAHAN

Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

PEMBERITAHUAN

  1. Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.
  2. Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.
  3. Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej ‘Sila Rujuk Pejabat Imigresen’, bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-
  4. Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.
  5. Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web ‘MyOnline*Pasport’.
  6. Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.
  7. Sebarang pertanyaan sila layari laman web (https://www.malaysia.gov.my/portal/feedback)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022 BMT : PERMOHONAN BARU, SEMAKAN DAN CARA KEMASKINI