Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018

Untuk makluman pemohon, cara kemaskini permohonan BR1M 2018 boleh dilakukan mulai tarikh 27 November sehingga 31 disember 2017. Setiap permohanan yang dilakukan oleh pemohon baru atau penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kementerian kewangan malaysia bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah menepati syarat.

Syarat kelayakan untuk pemohon BR1M adalah kekal seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Ketua isi rumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah rm4000 dan kebawah.
  • Warga Emas sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM4000 dan kebawah.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan keatas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan rm2000 dan kebawah.

Bagi memudahkan segala urusan permohonan, pemohon hendaklah menyediakan salinan seperti berikut:

  • MyKad/ MyPR/ MyKas/ MyKid/ Sijil Lahir/ Pasport dan Visa suami/ isteri/ tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya  pemohon berstasus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniaagan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Terdapat 2 cara yang boleh dilakukan untuk membuat permohanan dan kemaskini maklumat pemohan sama ada melalui secara manual atau atas talian (online).

  • Pemohon yang ingin melakukan secara manual boleh mendapatkan  borang tersebut secara percuma di mana-mana pejabat lhdn ataupun PUSAT TRANSFOMASI BANDAR(UTC) yang berdekatan.
  •  Pemohon yang ingin melakukan secara atas talian, boleh melakukan dengan menekan pautan portal rasmi BR1M 2018 iaitu di e-BR1M

Selepas pemohon berjaya mengisi maklumat berkaitan permohan BR1M, pemohon hendaklah menunggu keputusan permohanan yang dilakukan sehingga tempoh tertentu. Untuk mengetahui keputusan permohanan samaada berjaya atau tidak, atau mahu membuat semakan samaada masih lagi sebagai penerima BR1M 2018, anda boleh mengetahuinya menerusi 4 cara di bawah.

  • Surat makluman keputusan BR1M akan diposkan ke alamat yang didaftarkan pemohon dalam borang permohonan BR1M.
  • Semakan secara online menerusi portal rasmi BR1M
  • Menerusi alamat emel yang didaftarkan di dalam borang permohonan BR1M.
  • Semakan di aplikasi mobile yang boleh dimuat turun  di Goolge play ataupun  Appstore secara percuma.

Untuk pengetahuan pemohon, berikut adalah senarai bank yang terlibat bagi pembayaran BR1M 2018 :

 

 

Semoga perkongsian cara kemaskini permohonan BR1M 2018 bermanfaat kepada semua pemohon.

 

Be the first to comment on "Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


twelve + sixteen =