in

Bantuan Musim Tengkujuh 2021 RISDA – Permohonan baru, Semakan & Cara Kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021

bantuan musim tengkujuh 2021 risda

Kerajaan menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada seramai 232,319 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM69.9 juta.

Sekiranya anda penerima Bantuan Musim Tengkujuh ini, sila kemaskini maklumat secara online di Portal RISDA bermula 15 September 2021.

Bagi pemohon baru pula, sila fahami syarat kelayakan, kemudian anda boleh buat permohonan dengan melengkapkan borang.

 

Syarat Kelayakan Permohonan Baharu Bantuan Musim Tengkujuh 2021 (BMT 2021)

Syarat Kelayakan Permohonan Baharu Bantuan Musim Tengkujuh 2021 (BMT 2021)

Berikut adalah syarat kelayakan BMT 2021:

Pekebun Kecil RISDA

  1. Warganegaa Malaysia
  2. Pelebun kecil berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  4. Pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.

Penoreh Bukan Pemilik

  1. Warganegaa Malaysia
  2. Pelebun kecil berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
  6. Mempunyai kad PAT-G yang masih sah.

 

Cara Permohonan Baru Bantuan Musim Tengkujuh 2021

Cara Permohonan Baru Bantuan Musim Tengkujuh 2021
Bagi pemohon baru, permohonan boleh dibuat dimana-mana pejabat RISDA.

Sila ke laman http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mendapatkan maklumat dan membuat temujanji ke Pejabat RISDA terdekat.

Rujuk panduan membuat temujanji Pejabat RISDA melalui infografik di bawah:

 

Cara Kemaskini BMT 2021
Untuk membuat kemaskini, sila rujuk langkah berikut:

  1. Sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.
  2. Login menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Kemaskini butiran maklumat anda.
  4. Tekan butang Simpan (SAVE) setelah semua maklumat dimasukkan.
  5. Baca juga: Semakan Bantuan Terbaru RISDA 

 

Maklumat Lanjut
Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi RISDA di talian Hotline BMT 03-4251 0171 atau boleh juga menghubungi mana – mana Pejabat RISDA berhampiran.

Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hubungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE PERCUMA PELAJAR DAN USAHAWAN B40

CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE PERCUMA PELAJAR DAN USAHAWAN B40

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3 (CHECK STATUS BERMULA 27 SEPTEMBER 2021)

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3 (CARA CHECK STATUS BERMULA 27 SEPTEMBER 2021)